Senin, 14 Juni 2010

Lirik Lagu Cuba Lagi - Malique & Lah Ahmad

Satu dua tiga dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat

Empat tiga dua dan satu
Puncak yang betul aku di situ
Ada dah dekat ramai yang berbatu
Cuba lagi dik ku tunggu

Chorus
Ku cuba berkali-kali
Masih tak menjadi-jadi
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi
Aku cuba lagi aku cuba lagi
Hanya yang lemah kan lari
Jadi lelaki dan cuba lagi

Nah bukan senang
Hendak menang
Apatah lagi jadi juara
Nah bukan senang nak jadi bintang
Apatah lagi jadi lagenda
Aku tahu aku fasih
Nombor satu yup aku masih
Terima kasih seteru bersekutu
Keranamu aku bertambah mutu
Tetapi kebelakangan ini aku tepu
Hampir beku ni buku lirik kosong nak berdebu
Hilang sengat hilang seri hilang seru hilang merdu
Mata tutup kepala tertelungkup
Pintu dengar ketuk oh anak ku menjenguk
Papa jangan kerut dahi
Tukar niat baca Bismillah mesti jadi

Ulang Chorus

Buat lagu hebat radio tak nak main
Apa boleh buat buat lagu lain
Aku dengar sedap dia dengar lain
Mungkin lepas menang AIM dia main
Jangan cari pasal kaji hujung pangkal
Buat lagi sampai tiada orang boleh sangkal
Sampai orang kampung kata pakai tangkal
Sampai gadis kota tidur tepuk bantal
Sampai orang-orang gaji pun hafal
Tapi selagi tak berlaku tawakal
Ganda usaha bukan simpati
Percaya besok lusa buat lagi
Mereka tanya sampai mana
Yo nampak langit sampai sana
Tiada makna kalau tiada fakta
Lihat carta situ ku diwarta

Ulang Chorus

Ma kata ku pandai Pa kata ku kuat
Jikalau cari jalan tak jumpa ku buat
Ke sini ke sana hanya satu garis lurus
Jangan menoleh mana-mana jalan terus
Ku bukan jenis suka omong kosong
Tolong dengar dik jangan bodoh sombong
Lima ribu tahun atau lima saat
Kalau kita mahu kita dapat

Banyak laki berapa jati
Banyak janji berapa ditepati
Cuma dara sunti minta puji
Anak jantan minta uji
Lepas cakap besar tanam pokok
Pasti belum boleh berteduh besok
Dan kalau tak berbuah doa sehari lagi
Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali

Ulang Chorus